Assalamualaikum Sahabat

Harga Minyak Alamak

- Mekanisma subsidi petrol akan diumum pada Mac 2010.
- Beli petrol pada harga subsidi dengan menggunakan Mykad. Pemilik kenderaan berdaftar hanya dapat subsidi untuk satu kenderaan sahaja.
- Sistem ini diuruskan oleh Maybank
- Ujian mekanisma ini akan dijalankan pada hujung Mac atau April
- Hanya dapat subsidi 200 ke 300 liter sebulan bergantung pada kapasiti enjin
- Enjin 2000 cc ke atas tiada subsidi- Kereta syarikat tiada subsidi
- Bila subsidi habis digunakan untuk sebulan, pemilik kenderaan beli petrol pada harga tanpa subsidi iaiti RM 2.10 seliter untuk RON95.
- Harga RON95 bersubsidi mungkin akan naik pada RM 1.90 seliter.
- Harga RON97 tanpa subsidi mungkin naik pada RM 2.50 seliter.


APA YANG PENGGUNA HARUS LAKUKAN Cadangan :

- Jika ada lebih dari satu kenderaan, tukar milik kenderaan pada nama isteri, anak-anak dan lain-lain, supaya setiap kenderaan dapat subsidi.
- Sesiapa yang beli kereta belum tukar nama urusakan tukar nama segera untuk dapatkan subsidi.
- Kalau ingin tukar kereta , guna kereta cc rendah atau guna motosikal.
- Desak majikan atau kerajaan menaikkan tuntutan elaun petrol untuk tugas rasmi, kerana subsidi petrol sebulan 200 ke 300 liter hanya untuk kegunaan peribadi.
- Pastikan cip Mykad berfungsi.
- Beri kesedaran kepada sanak saudara, jiran tetangga dan sahabat taulan mengenai mekanisma baru ini agar mereka membuat persediaan awal untuk menghadapi kenaikan harga petrol dan mekanisma baru penjualan petrol.

4 comments:

  1. cerita pasal minyak ni agak sensitif sikit. kerana minyaklah BN terguling pada PRU yang lalu, adakah kepimpinan BN ingin melihat sejarah berulang untuk kali kedua?

    ReplyDelete
  2. Madi,

    Sampai bila kita nak salahkan kerajaan atas kenaikan harga minyak?

    Kalau ditanya kepada semua, pasti ramai yang kata tak mampu, Tapi beyangkan berapa bilion rakyat negara subsidi belanjakan untuk beli rokok? mercun? Ubah suai kereta?

    Tapi cukai nak rendah.. semua benda nak subsidi.
    apa lagi kita nak FREE? pendidikan dah kira free, kalau kat rumah flat murah tu yang sebulan hanya bayar 300-400 ratus, ramai melayu yang memohon.. tapi kereta diaorang lagi mahal dari harga rumah..

    sudahlahh... kalau nak naik biar naik.. kita kena belajar susah dan berjimat..

    ReplyDelete
  3. Minyak adalah antara isu2 utama yang menyumbang kepada kemenangan PR pada PRU yang lalu.

    Para pemimpin kalau dicakap perkara ni dia orang tak percaya kerana mereka menerima info dari orang-orang mereka sendiri, mereka tidak bergaul dengan rakyat biasa.

    Para pemimpin tak merasa peritnya nak mengisi minyak motor. Berapapun harga minyak pemimpin/orang berada tak terasa kesannya. Kami sebagai masyarakat biasa sentiasa merungut tentang harga minyak.

    Satu lagi isu adalah hal bonus bagi kakitangan awam. Rata2 mereka merungut dan menunjukkan kecewa kepada kerajaan. Ada yang menggadaikan rantai gelang pada penghujung tahun kerana nak membiayai persekolahan anak-anak. Si bini marah, laki kata takpe nanti Pak Lah umum bonus. Laki dah pening sebab gaji memang cukup makan je. "Mana ada bonus bang? Kan Pak Lah kata gaji baru naik dengan itu takde bonus." Laki pun jawap "Mesti ada punya lagipun CUEPAC dah minta dgn Pak Lah".

    Sayangnya Pak Lah sengih-sengih je, sampai bulan 3 rantai dan gelang dah hangus, bini bertambah marah, anak-anak duit belanja sekolah terpaksa dikurangkan, takde jalan-jalan, laki dah naik marah, marah pada kerajaan kerana bonus tak dapat-dapat... dan yang bangangnya Pak Lah buat PRU waktu tu. Akibatnya kantoilah BN.

    Masyarakat biasa berpendapatan rendah dan sederhana amat maklum perkara ni.

    ReplyDelete
  4. susah jugak kalau ada yang masih salahkan kerajaan tentang subsidi minyak dan bonus.. adakah kerajaan malaysaia(BN) yang mengawal minyak? ia di kawal pasaran antarabangsa. turun naik minyak didunia dirasai setiap negara...lainlah ngera yang tebuk belakang dapor pun ada minyak!!!! kadang2 kita kena terima hakikat...adakala kerajaan tak mampu nak berbelanja...maksud aku tak mampu nak bagi bonus dek kerana wang yang tak mencukupi...sebagai warganegara yang bertimbangrasa kita kenalah bersabar sedikit. minyak naik dan tiada bonus tak bererti kebulur tak makan....cuba la ukur baju dibadan sendiri. insyaallah kita dapat atasi masalah ini

    ReplyDelete