Assalamualaikum Sahabat

SURVIVAL POLITIK MUSLIM: PERMASLAHATAN PARTI KEPADA UMAT ISLAM

Oleh kerana perkataan Islam disebut dalam nama PAS, maka parti itu hendaklah menghentikan sikap suka mencerca dan memaki hamun orang lain yang berbeza pendapat dengan mereka. Pemimpin tertinggi parti tersebut hendaklah menasihati ahli-ahli mereka terutama dalam laman-laman web mereka, agar berakhlak dengan orang lain. Isu survival politik Muslim di Malaysia masih menjadi isu yang bertambah penting untuk dicari jawapan oleh UMNO dan pemimpin Muslim dalam parti-parti politik di Malaysia. UMNO dituntut mempertahankan Perlembagaan Persekutuan kerana perlembagaan itu memperuntukan dengan jelas hak-hak Melayu, Islam dan Muslim. Pemimpin UMNO dituntut tidak supaya tidak memberikan apa sahaja yang dituntut oleh parti-parti lain dalam Barisan Nasional seperti MCA, Gerakan dan MIC. MIC tidak banyak membuat tuntutan berbanding dengan MCA dan Gerakan dalam tahun 2008 kini ianya mula celik dengan pelbagai desakan. PKR dan PAS dilihat tidak penting dalam mempertahankan hak-hak Melayu, Islam dan Muslim berbanding dengan UMNO. Wakil Rakyat PAS telah tidak menyokong Wakil Rakyat PKR yang bercakap mengenai Islam dan Muslim di Malaysia dalam Dewan Rakyat atau Parlimen. UMNO pula dilihat dalam keadaan lemah oleh parti-parti lain dalam BN dan oleh kerana itu timbul “politik ugutan” dalam BN sendiri dalam hubungan UMNO dengan parti-parti politik dalam BN terutama MCA dan Gerakan. Memimpin untuk membina budaya Golongan ulama mesti bangun dan bergerak cergas dalam kepimpinan parti. Kalau perkara ini tidak berlaku tunggulah saat-saat kehancurannya. Selain itu ulama jangan hanya menjadi seperti pak turut tanpa ada pendirian dalam menegakkan perjuangan.
Saya bukan bermusuh dengan PAS atau mana-mana parti yang ada muslim, tapi saya memberi teguran sebagai seorang muslim kepada mereka, seperti mana banyak perkara saya memberi pandangan kepada UMNO juga. Generasi muda dan terpelajar makin mampu menilai. Budaya politik maki hamun dan carut marut kerana perbezaan pendapat bukan akhlak Islam, juga bukan kematangan politik masa depan”.

No comments:

Post a Comment