Assalamualaikum Sahabat

Apa Erti Kemerdekaan Bangsa

Kita telah menyambut kemerdekaan yang ke 54 . Saya tertanya-tanya apakah masih ada erti merdeka? Apakah masih ada erti kemerdekaan kepada orang Melayu? Kita akan menyambut kemerdekaan dengan dua situasi yang sungguh mengelirukan.
Jika selama 54 tahun bangsa Melayu mampu mentadbir negara ini, membawa keluar negara ini dari tanah jajahan kepada negara berdaulat, dari negara mundur kepada negara yang pesat membangun, dari negara berasaskan ekonomi "cukup makan" kepada negara yang tersohor pembangunannya, apakah dengan tiba-tiba rakyat Malaysia sudah bodoh, dungu dan bebal untuk menjadi ahli korporat dan ahli politik yang berjaya?
Tetapi alangkah malangnya jika masa, tenaga dan tumpuan kerja untuk melaksanakan perjalanan pilihanraya diakhiri dengan sentimen benci membenci, tuduh menuduh dan penuh dengan manipulasi seperti politik kepartian di luar Negara. Kita realistik, pemilihan pemimpin peringkat pusat ini tidak akan menyelesaikan semua masalah yang ada diperingkat parlimen. Adalah tidak adil kepada bakal pemimpin diletakkan harapan yang tinggi untuk mengubah segala-galanya, menyelesaikan segala kemelut dan kebajikan rakyat yang menjadi tanggungjawab kerajaan. Di samping kewujudan program rutin kerajaan, pemimpin yang terpilih juga perlu menjadi pemimpin yang mampu merubah persepsi rakyat mengenai potensi generasi muda dari seorang rakyat biasa kepada rakyat yang miliki idealisme tentang cita-cita hidup merentasi pembinaan moral dan akhlak seseorang individu, keluarga, masyarakat, negara dan dunia. Kita juga melihat pemimpin yang dipilih perlu menjadi pemimpin pembina budaya (culture builder). Hakikatnya, apa erti merdeka jika kekayaan negara kita dikaut oleh orang asing? Apa erti merdeka jika GLC kita dijual kepada syarikat asing? Apa erti merdeka jika GLC dan negara diterajui oleh orang asing? Merdekakah Malaysia? Merdekakah orang Melayu? Apakah orang Melayu hanya golongan yang layak mendapat bantuan itu dan bantuan ini sahaja?

Kemaslahatan Parti kepada Umat

Saya amat berharap umat Islam dalam negara ini keluar dari kemaslahatan parti kepada kemaslahatan umat yang lebih besar daripada parti. Nabi s.a.w memuji al-Hasan bin ‘Ali disebabkan beliau telah melakukan tindakan yang menyebabkan perbalahan antara penyokong Mu’awiyah r.a. dan penyokong ‘Ali r.a dapat diredakan. Abu Bakrah r.a menyebut: “Aku melihat Rasulullah s.a.w. di atas mimbar sementara al-Hasan bin `Ali berada di sebelahnya. Baginda menghadap ke arah orang ramai dan kemudian kepada al-Hasan, lalu bersabda: “Sesungguhnya anakku ini adalah seorang tuan, mudah-mudahan Allah mendamaikan dengannya dua puak yang besar daripada orang-orang Islam” (Riwayat al-Bukhari). Hadis ini menjadi kenyataan apabila Saiyyidina Hasan telah mengundur diri dari kerusi pemerintahan dan menyerahkannya kepada Mu`awiyah selepas kewafatan ayahnya Saiyyidina `Ali. Mu`awiyah dengan itu menguasai pemerintahan sepenuhnya dan tahun tersebut dinamakan oleh orang Islam iaitu “tahun perpaduan” (Ibn Kathir, Al-Ba`ith al-Hathith, m.s. 177, Beirut: Dar al-Fikr). Di samping itu, Mu`awiyah sendiri mempunyai hasrat perpaduan di mana beliau berkata:”Siapa yang akan menjamin orang Islam (sekiranya dibunuh ayah-ayah mereka)” (Riwayat al-Bukhari). Ibn Taimiyyah dalam ulasannya menyebut: “Nabi s.a.w. memuji al-Hasan kerana perdamaian yang dilakukannya dan menamakannya sebagai sayyid iaitu `tuan’. Ini kerana, Allah dan RasulNya suka dan redha terhadap apa yang al-Hasan lakukan. Andainya peperangan yang berlaku antara orang Islam itu diperintah oleh Allah dan RasulNya, tentu Rasulullah tidak akan memuji langkah perdamaian yang diambil oleh al-Hasan. Kalau peperangan itu suatu yang disuruh oleh Allah dan RasulNya, bererti al-Hasan telah meninggalkan suatu kewajipan atau perkara yang disukai Allah. Hadis ini adalah dalil yang jelas bahawa apa yang dibuat oleh al-Hasan adalah sesuatu yang terpuji.”(Ibn Taimiyyah, Al-Khilafah wa al-Mulk, m.s. 84).

Belenggu Kepartian

Kita mesti berusaha memerdekakan jiwa rakyat dari belenggu kepartian. Dalam negara yang memakai sistem seperti kita, parti politik itu mungkin penting. Namun ia bukan matlamat, ia hanya alat yang boleh diganti tukar jika perlu. Hubungan dan penilaian kita ke atas pihak lain, janganlah berdasarkan parti atau mazhabnya.
Sebaliknya, hendaklah berdasarkan akhlak dan pemikiran. Kelompok fanatik parti sering melenting jika melihat seseorang tokoh duduk atau berkawan dengan musuh parti mereka. Lalu kadang-kala seseorang dimusuhi tanpa sebab yang jelas. Mereka selalu melenting jika ada orang yang berbeza pendapat dengan parti mereka. Sering mereka menghukum pengkritik mereka bersekongkol dengan musuh politik mereka. Mereka enggan mengiktiraf pemikiran atau idea yang baik hanya disebabkan perbezaan parti. Parti kadang-kala bagaikan agama bagi mereka. Bahkan mungkin lebih daripada agama sehingga mereka sanggup berkasih-sayang dengan yang berbeza agama, tetapi tidak dengan yang berbeza parti.

فميمفين برتلاضه رعيت برفخه "

سجق ببراف تاهون كبلاكغن اين بوكن ساج اين تتافي راماي فيهق يغ وارس ملاهيركن راس بيمبغ مغناءي فركمبغن فوليتيك واغ اتاو رشوة فوليتيك دنضارا اين. برداسركن فمرهاتي, فغضوناءن واغ اونتوق مندافتكن فغاروه كفيمفينن دان فوليتيك تله منجادي بودايا سضلينتير درفد فميمفين مشاركت دالم ايسو اين, مريك يغ كاي-راي دان برنفسو بسر دالم فوليتيك تنفا مراس مالوملانتيق فروكسي اتاو ايجين ترتنت اونتوق منجالنكن كيمفين ممبلي اوندي, مناوركن ضنجاران, كمودهن, دان سباضايث سخارا تيدق صح دالم اوسها مندافتكن فثوكوغ دان كواس.

برداسركن كيمفين سغيت دالم تيمفوه برتاهون2 مغضوناكن فوليتيك واغ اين, سبنرث تله ممبوقتيكن سيكف تيدق امانه دان منيمبولكن فرفخهن دكالغن فميمفين. افابيلا فميمفين عاشيق برتلاضه مربوت جاوتن هيغض لالاي دان لوفا تغضوغجواب ممبيلا نصيب رعية مثببكن رعية مراس بوسن. كأداءن بوسن يغ برتروسن اين ممفو مغضوضت سيستم برنضارا كران رعية سوده هيلغ كفرخاياءن كفد فميمفين
.

PAS OH! PAS APA NAK JADI

Koalisi PAS dengan parti-parti lain yang wujud di Malaysia bukanlah satu perkara baru. PAS pernah berkoalisi dengan Semangat 46 membentuk Angkatan Perpaduan Ummah (APU) dalam pilihan raya 1990. Jauh sebelum itu pun, PAS pernah bergabung dengan UMNO pada tahun 1970-an di era Tun Razak. Sebelum Anwar Ibrahim mengisytiharkan koalisi PAS-PKR-DAP-PRM sebagai ‘Pakatan Rakyat’ pada 1 April 2008, selama lebih kurang 10 tahun, koalisi parti-parti tersebut dinamakan Barisan Alternatif (BA). Begitu juga halnya dengan parti pemerintah, UMNO, di mana parti sekular ini telah lama berkoalisi dengan rakan-rakannya yang lain dari parti kufur. Namun, oleh sebab UMNO didirikan di atas asas assabiyyah, maka koalisinya dalam BN merupakan suatu perkara yang tidak perlu kita bahaskan, kerana asas penubuhan dan perjuangannya yang jelas-jelas haram. Berbeza halnya dengan koalisi PAS ke dalam PR, kerana PAS adalah sebuah parti Islam, yang bergabung dengan PKR (parti sekular) dan DAP (parti kufur). Aspirasi koalisi dalam PR ini ternyata tidak ada beza dengan koalisi di dalam BN kerana kedua-duanya berkoalisi untuk menuju perkara yang sama, iaitu ingin meraih sebuah pemerintahan. Dan pemerintahan yang bakal diwujudkan adalah pemerintahan dengan perkongsian kuasa di antara parti-parti yang berkoalisi. Inilah yang menjadi persoalan (yakni) sebuah parti Islam berkoalisi dengan parti sekular dan kufur, bersama-sama berjuang untuk mewujudkan sebuah pemerintahan kufur-sekular di bawah sistem demokrasi. Apakah hal ini dibenarkan oleh syarak?

Dia buat semua ok,kerajaan ni jahat

Apa yang di buat oleh pembangkang semuanya molek, betul, liberal, adil dan semuanya yang baik-baik.
YB Gangster, rezab masjid tukar jadi tapak kuil hindu, songlap duit rakyat dan zakat, kroni, liwat, sebar fitnah dan terbaru permit penerbitan palsu, itu semuanya “halal” buat mereka kerana ianya dilakukan oleh pakatan pembangkang.

Kenapa ianya adil? Apa mereka buat sentiasa adil disebabkan adanya parti keADILan Rakyat bersama-sama mereka. Kenapa ianya halal? Kerana mereka adanya parti Pas bersama-sama mereka.
Polis jahat, sebab selalu patahkan rancangan jahat mereka.

SPRM pembunuh, kerana tangkap pembangkang songlap duit.

Pendakwaraya jahat, sebab dakwa pembangkang yang bersalah.

Mahkamah jahat, bila menjatuhkan hukuman pembangkang bersalah. Sebaliknya kalau menyebelahi mereka, mereka diam senyap.

SPR jahat, kalau pilihanraya mereka kalah. Kalau mereka pakai pengundi hantu SPR tak dapat tangkap,mereka senyap.

Nak buat macam mana? Ramai rakyat masih tertipu ataupun sememangnya suka ditipu oleh mereka.Oleh itu, kita lihat dan perhatikan, apa pula yang mereka (pembangkang) lakukan selepas ini..

Perbezaan PAS dan UMNO dalam pembangunan Islam

Kedua-dua parti PAS dan UMNO masing mengatakan kami lah yang memperjuangkan islam dan bangsa melayu..malah kita terbelenggu dengan pertikaian ini apakah, siapakah, dimanakah, bilakah inilah persoalan yang terlintas diminda..sebagai muslim budiman kita perlu memikir secara terbuka maka saya paparkan apakah yang sebenarnya:

Hakikat Perjuangan


PAS :

1.menegak agama Allah dgn tubuh negara islam
2.berlandaskan perjuangkan hukum hudud.
3.medaulatkan islam untuk kepentingan dan sokongan politik

UMNO:

1.menegakkan,meumarahkan syiar islam di malaysia
2.menjalankan semua hukum islam hudud hanya peratusan kecil
3.mendaulat islam dan mempertahankan sebagai negara islam
4.memajukan bangsa yg akan mendaulatkan panji allah


JASA DALAM PERBANGUNAN ISLAM

UMNO:

1.menjaga kesucian masjid diseluruh negara
2.kelas fardu ain dan lantik guru KAFA disediakan
3.menghidupkan program penghayatan dan bimbingan
4.menubuhkan sekolah-sekolah agama yang sistematik
5.matapelajaran agama diterap dalam kurikulum
6.tubuh jabatan JAKIM,YADIM dll utk bangunkan islam


PAS:

1.membina masjid belum tahu lagi di kelantan dan kedah
2.memecat imam yang sedia ada bila memerintah
3.masjid dijadikan tempat politik parti dan fitnah
4.mengajar pelajar supaya benci membenci dengan tomahan
5.program penghayatan dipenuhi dengan hasutan dan mengumpat
6.sekolah agama yang tak punyai silibus pelajaran


Hoi UMNO dok buat apa lagi!!!!!

Orang cina..orang india berpolitik mereka dapat lebih kuasa..tapi orang melayu berpolitik hilang kuasa…Pakatan Rakyat di bawah Anwar dengan pengikut fanatiknya tu….saya nasihat kan sudah sudah lah..kalau kemaruk sangat nak memerintah tunggu 2013..PRU…Untuk UMNO pulak banyak kan muhasabah diri….Ramai orang melayu di luar sana dah meluat..dah menyampah kat orang UMNO….bukan mereka menyampah dengan UMNO..tetapi menyampah dengan kebanyakan ahli UMNO…Melayu dan UMNO memerlukan ahli yang betul betul jujur untuk memperjuangkan agenda melayu..betul betul pejuang..tetapi apa yang UMNO ada hari ini hanya di penuhi dengan para opportunist yang mengaku mereka sebagai pejuang…hanya penuh dengan rethorik saja….mereka tidak iklas di dalam perjuangan mereka…mereka bersekongkol dengan taukeh taukeh cina untuk menipu orang melayu….mereka menindas bangsa mereka sendiri..mereka kejam ke atas bangsa mereka sendiri..demi kepentigan diri sendiri….cakap mereka saja yang betul..pandai memutar belit fakta mengikut kehendak mereka …bersultan di mata..beraja di hati….Betul kata Tun Mahathir, UMNO perlu di bersih kan…..Tapi ia nya pasti mencetus kan kontroversi…UMNO perlukan pemimpin yang berani seperti Tun Mahathir untuk tugas getir seperti ini.Pemimpin yang pondan…yang sentiasa mahu popular ie.Pak Lah.. sudah tentu tidak mampu berbuat apa apa untuk memperbaiki UMNO..Najib harus berani untuk buat perubahan di dalam UMNO..pastikan ahli UMNO mesra rakyat…melayu perlukan UMNO yang betul betul ikhlas dan jujur..betul betul jujur untuk bantu melayu….pulih kan imej UMNO…imej UMNO telah rosak teruk…nama UMNO telah busuk..UMNO di lihat sebagai pengkhianat kepada orang melayu…jika najib gagal pulih kan nama UMNO….UMNO sudah pasti berkubur…

“Satu Malaysia”

Tepat pada masanya, Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak melaungkan konsep “Satu Malaysia”. Konsep ini merujuk kepada kepelbagaian etnik yang hidup dinegara ini saling berkongsi satu wawasan, matlamat, impian tanpa mengira fahaman agama, ideologi politik, taraf kedudukan, kepelbagaian budaya dan sebagainya dalam mewujudkan keharmonian Negara secara berterusan
Mesej “Satu Malaysia” perlu dihayati oleh rakyat Malaysia serta memahami maksud yang tersurat dan tersirat disebaliknya. Golongan muda perlu kembali menghayati lima prinsip Rukun Negara, memahami Perlembagaan Persekutuan, menjiwai maksud tersirat lirik lagu Negaraku serta menghormati Jalur Gemilang bagi mengembalikan jati diri dan rasa cinta akan Negara. Penyatuan etnik yang kini tergugat akibat kerakusan segelintir pihak yang mabuk kuasa untuk kepentingan diri sendiri mencemar persefahaman dan keamanan yang dipertahankan selama ini. Rakyat Negara ini tidak seharusnya leka dan berasa selesa dengan situasi yang masih stabil. Kelekaan menyebabkan penyesalan yang tidak berpenghujung apabila kita sudah terlambat untuk mempertahankan kedamaian dan keharmonian seperti yang berlaku disesetengah Negara
Rakyat Malaysia seharusnya berasa bangga dengan tanah air yang didiami ini. Keharmonian dan kedamaian yang dinikmati tidak dapat dibeli dengan wang ringgit. Kesedaran terhadap betapa berharganya keamanan Negara perlu ditanam dalam jiwa setiap rakyat Malaysia bak kata perpatah “Dimana bumi dipijak, di situ langit dijunjung”

Fikir la Sendiri

Rakyat Selangor kena buat pilihan pada PRK P94 Hulu Selangor 25 april 2010 nanti untuk memilih kerajaan Pakatan Pembangkang atau BN. Sekarang Pakatan Rakyat sebagai kerajaan, mereka boleh buat apa sahaja. Kalau masa kempen dulu dan dalam kempen-kempen PRK, mereka menghamburkan janji manis dan semuanya untuk rakyat. Tapi hari ini Peristiwa Kecoh Pasal Pembinaan Kuil di seksyen 23, Shah Alam Selangor menjadi bukti bahawa rakyat tidak pernah ada dalam agenda mereka. Mereka lebih pentingkan untuk mendapat kuasa dan memberikan kelabaan kepada diri mereka dan sekelompok kecil. Mereka tidak mengendahkan Perlembagaan Persekutuan. Tidak pernah mengiktiraf Islam sebagai Agama Persekutuan, Tidak Menghormati Raja dan Sultan Melayu dan Tidak pernah menerima orang Melayu apatah lagi Hak Keistimewaan Orang Melayu.