Assalamualaikum Sahabat

Apa Erti Kemerdekaan Bangsa

Kita telah menyambut kemerdekaan yang ke 54 . Saya tertanya-tanya apakah masih ada erti merdeka? Apakah masih ada erti kemerdekaan kepada orang Melayu? Kita akan menyambut kemerdekaan dengan dua situasi yang sungguh mengelirukan.
Jika selama 54 tahun bangsa Melayu mampu mentadbir negara ini, membawa keluar negara ini dari tanah jajahan kepada negara berdaulat, dari negara mundur kepada negara yang pesat membangun, dari negara berasaskan ekonomi "cukup makan" kepada negara yang tersohor pembangunannya, apakah dengan tiba-tiba rakyat Malaysia sudah bodoh, dungu dan bebal untuk menjadi ahli korporat dan ahli politik yang berjaya?
Tetapi alangkah malangnya jika masa, tenaga dan tumpuan kerja untuk melaksanakan perjalanan pilihanraya diakhiri dengan sentimen benci membenci, tuduh menuduh dan penuh dengan manipulasi seperti politik kepartian di luar Negara. Kita realistik, pemilihan pemimpin peringkat pusat ini tidak akan menyelesaikan semua masalah yang ada diperingkat parlimen. Adalah tidak adil kepada bakal pemimpin diletakkan harapan yang tinggi untuk mengubah segala-galanya, menyelesaikan segala kemelut dan kebajikan rakyat yang menjadi tanggungjawab kerajaan. Di samping kewujudan program rutin kerajaan, pemimpin yang terpilih juga perlu menjadi pemimpin yang mampu merubah persepsi rakyat mengenai potensi generasi muda dari seorang rakyat biasa kepada rakyat yang miliki idealisme tentang cita-cita hidup merentasi pembinaan moral dan akhlak seseorang individu, keluarga, masyarakat, negara dan dunia. Kita juga melihat pemimpin yang dipilih perlu menjadi pemimpin pembina budaya (culture builder). Hakikatnya, apa erti merdeka jika kekayaan negara kita dikaut oleh orang asing? Apa erti merdeka jika GLC kita dijual kepada syarikat asing? Apa erti merdeka jika GLC dan negara diterajui oleh orang asing? Merdekakah Malaysia? Merdekakah orang Melayu? Apakah orang Melayu hanya golongan yang layak mendapat bantuan itu dan bantuan ini sahaja?

No comments:

Post a Comment