kepada apa yang diajar oleh Islam bahawa antara sifat orang yang beriman ialah : الذين يستمعون القول فيتبعون أحسنه orang - orang yang sedia untuk mendengar lalu mengikut apa yang terbaik . أُولَئِكَ الَّذِينَ هَدَاهُمُ اللَّهُ وَأُولَئِكَ هُمْ أُولُو الْأَلْبَابِ Merekalah golongan yang telah mendapat petunjuk Allah swt dan merekalah jua golongan yang celik aqal [ intelek ] .
Surah az zumar - 18
Surah az zumar - 18
2. Biarpun agak pahit , langkah pertama saya memilih untuk bersetuju terlebih dahulu terhadap apa yang diluahkan oleh masyarakat dengan sedikit teguran bahawa luahan itu tidak boleh dipukul rata melainkan hanya dirujuk kepada individu - individu terbabit dan kepada kes - kes tertentu .
3. Saya menegaskan secara umumnya PAS sebagai sebuah Gerakan Islam sememangnya telah berulang kali dalam banyak modul tarbiyyah dan penerangannya secara rasmi perlu mendidik pemimpin dan anggota agar bijak dalam membawa risalah Islam yang diperjuangkan ini . Ianya beramal dengan kebijaksanaan yang diwahyukan :
ادع إلى سبيل ربك بالحكمة
Serulah [ berdakwah ] olehmu agar manusia kembali ke jalan tuhanmu dengan hikmah [ bijak ] .... dan peringatan [ mauizah ] yang baik serta dialog atau debate [ mujadalah ] yang baik .
4. PAS perlu mendidik dan mengajar apalagi mempunyai skima dan modul khas untuk pemimpin dan anggotanya dari mencaci dan mencerca siapa sahaja yang berbeza pendapat , sebaliknya apa yang diajar ialah berlapang dada dalam menerima perbedaan dan mengurus perbedaan pandangan dengan tenang , dewasa dan beradab . Kaedah yang sering dibawa ialah :
نتعاونوا فيما اتفقنا عليه و
نعذر بعضنا بعضا فيما اختلفنا فيه
Kita bertolong bantu dalam perkara yang kita sepakati bersama dan kita bertolak ansur dalam perkara yang kita saling berbeza pandangan .
5. Saya juga secara jujur dan benarnya tidak boleh menafikan betapa masih wujud secara ketara dikalangan pemimpin dan anggota yang mengambil pendekatan caci dan cerca dalam ceramah mahupun kuliah mereka terhadap pihak yang berbeza pendapat dengan mereka . Terkadang tahap dan kadar cercaan itu agak keterlaluan dan sukar kawal lantaran ia dikuasai oleh nafsu dan perasaan .
6. Saya menerima luahan atau tulisan sebagai nasihat . namun sekali lagi saya mahu pertegaskan bahawa PAS perlu mengajar para pejuangnya walau di mana posisi ia berada untuk memaki hamun sesuka hati mencaci cerca serata tempat melainkan pada keadaan dan suasana yang dilihat sesuai dan wajar seperti berdepan dengan kezaliman dan pelaku zalim yang tiada simpati kepada mangsanya . Sebagaimana yang ditegaskan oleh Allah swt :
أُذِنَ لِلَّذِينَ يُقَاتَلُونَ بِأَنَّهُمْ ظُلِمُوا وَإِنَّ اللَّهَ عَلَى نَصْرِهِمْ لَقَدِيرٌ
Diizinkan berperang bagi orang-orang (Islam) Yang diperangi (oleh golongan penceroboh), kerana Sesungguhnya mereka telah dianiaya [ dizalimi ] ; dan Sesungguhnya Allah amat berkuasa untuk menolong mereka (mencapai kemenangan).
Surah al Hajj : 39
7. Dakwah Nabi saw. adalah contoh method dakwah yang terbaik . Adakala Nabi saw berlembut seperti saat berdepan dengan badawi yang kencing di dalam masjid . Tika itu Nabi saw menghalang Saidina Omar yang berhasrat untuk memukul badawi tersebut kerana perlakuan biadabnya . Namun sikap Nabi saw pada waktu itu menjadikan badawi terbuka pintu hatinya untuk menerima Islam lalu melafazkan syahadah .
8. Adakalanya pula Nabi saw bersikap tegas dan kasar seperti Nabi saw menangani kedatangan Omar rha. [ masa itu beliau belum beriman ] yang mahu membunuh beliau dirumah al Arqam . Nabi saw menerima kedatangan Omar dengan segera menerpa lalu mencekak leher baju Omar dengan garang Nabi saw berkata untuk apa kamu datang ? Sikap nabi yang kasar dan tegas itu membuka pintu hati Omar rha seorang yang keras dan kasar pada waktu untuk beriman .
9. Demikian halnya , Nabi saw pernah tidak memaafkan musuh seperti seorang yahudi bernama Kaab bin Asyraf sehingga Nabi saw pernah berkata , jika ditemui Kaab ini bergantung di kelambu kaabah sekalipun hendaklah kamu bunuhnya . Namun Nabi yang sama jugalah pernah memaafkan wahsyi yang membunuh bapa saudara baginda yang sangat dikasihi Hamzah Abdul Muttalib .
10. Begitulah episode kebijakan Nabi saw dalam berdakwah . Itulah hikmah yang perlu dimiliki oleh para pejuang Islam dan para pemimpinnya . Namun , dasar umum dalam berdakwah ialah pendakwah mestilah hadhir dengan segala kerendahan budi dan keizzahan diri , sopan santun dan bertata susila , berakhlak dan beradab . Firman Allah swt :
فَبِمَا رَحْمَةٍ مِنَ اللَّهِ لِنْتَ لَهُمْ وَلَوْ كُنْتَ فَظًّا غَلِيظَ الْقَلْبِ لَانْفَضُّوا مِنْ حَوْلِكَ
فَاعْفُ عَنْهُمْ وَاسْتَغْفِرْ لَهُمْ وَشَاوِرْهُمْ فِي الْأَمْرِ فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِينَ
Maka Dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu Wahai Muhammad), Engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah Engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan Yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah Dengan mereka Dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila Engkau telah berazam (Sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang bertawakal kepadaNya.
Surah aali Imran : 159
__._,_.___
No comments:
Post a Comment